sekadar suatu picisan

disini adalah sebuah kisah , kisah anak miskin yang mengimpikan satu impian yang besar , sering gagal dan tewas dalam perjuangan , namun kosa putus asa tiada dalam kamus hidup anak miskin ini . inilah satu coretan , coretan picisan seorang anak miskin yang memiliki satu IMPIAN .. insyaAllah

Monday 18 June 2012

tentang seorang sahabat

salam semua , lame rasenyer x update blog nie , aku x jadikan sibuk sebagai alasan ak x update kat sini ..
cuma idea ak terlalu banyak sampai x tau mana satu yg harus ak coret kan dulu disini .. jadi sebagai satu permulaan , aku nak cerita tentang seorang sahabat aku yg telah pergi buat selamanya ..

hampir tiga tahun aku mengenali F , beliau tidak pernah sekalipun aku melihat dia bersedih di hadapan aku dan rakan-rakan yg lain , dia sentiasa ceria dan tersenyum walau sebesar gunung pun masalah dia .. dia sentiasa dengan cara dia sendiri , dan dari situ muncullah istilah 'carraku' istilah yg digunakan bukan sahaja di FB malah di semua akaun atau ap sahaj yg dimilikinya , sejak dari aku sem 2 lagi ak dah duduk sebilik dengan dia , semua hal dalam dan luar kelambu aku dia tahu , kami ad seorang lg sahabt yg rapat dgn kami , nama dia H(bukan nama sebenar) , si H nie kami anggp dia sebagai abg walaupun tua beberapa bulan je .
kemana je kami pergi mesti bertiga , jarang sekali kami berasingan kemana-mana . ap sahaj yg dilakukan pasti bersama , berlakon , bekerja dibelakang tadbir , merendek , karok , tong kelas , mesty bersama .
betapa aku rindukan saat itu ..

pada 12 jun yg lalu F telah pergi meninggalkan kami semua buat selamnya , dia kemalangan , tentang mcm mana dia eksiden tu biarlah kami je yg tahu , ak x sanggup hendak ceritakan disini , aku dan H begitu terasa dengan pemergiannya yg x disangka namun apa daya , sebagai hamba Allah , kita kena menerima takdir yg telah dituliskan ini , semoga damai kau disana sahabatku , suatu hari nanti kita pasti berjumpa lagi di alam yg seterusnya in sya allah ..

p/s : pada yg nak tau keakraban kami boleh la recheck post ak yg lame .. pernah ak ceritakan kisah kami bertiga dulu .. dulu bertiga kini berdua .. H semoga kau baiik-baik sahaja yea ..

1 comment: