sekadar suatu picisan

disini adalah sebuah kisah , kisah anak miskin yang mengimpikan satu impian yang besar , sering gagal dan tewas dalam perjuangan , namun kosa putus asa tiada dalam kamus hidup anak miskin ini . inilah satu coretan , coretan picisan seorang anak miskin yang memiliki satu IMPIAN .. insyaAllah

Monday 27 February 2012

lagu untuk mya

ku bukan seorang yang berharta ,
ku tidak mampu penuhi keinginanmu , 
ku tidak mampu belikan rumah impianmu , 
namun andai aku mampu , 
akan kubinakannya untukmu , 
kan kuhabiskan satu hari berpeluh ,
hanya untuk rumah impianmu .

ku tuliskan kamu lagu , 
hanya ini yang ku mampu , untuk kamu ngerti cintaku , 
lagu ini hanya untuk kamu , 
dan dari lagu ini kamu akan tahu betapa ku mencintai kamu

aku tak tahu jika aku mampu menjadi seorang askar , 
aku x rasa ada org akn menyakitimu , 
aku tidak tahu berlawan , tapi
sanggup ku berlawan untuk melindungimu , 

lagu ini untuk kamu , 
untuk kau tau isi hatiku , 
dan untuk kau tahu tentang betapa aku ada untuk mu , 
lagu ini untukmu Mya , 

ku bukan seorang yang berharta , 
ku tidak tahu apa yang harus ku lakukan , 
aku x mampu berjanji padamu , 
tapi satu perkara yang ku mahu kau tahu , 
lagu ini ku tulis untuk mu .

dari lagu ini kau tahu sisi hatiku , 
dari lagu ini kau tahu perasaanku , 
sambutlah jika kau bersedia , dan 
lagu ini untuk mu Mya . 

hambekk kau , seminggu lebih aku amik masa untuk siapkan lagu nie , maklumlah ak ni bukannyer seorang yg pndai bermain muzik , ap yg ak tau menari je(hahahahaha) , ak bnyak dh tulis lirik sebelum ni , cuma x ad yg betol2 serius , yg ini karya rasmi pertama aku(ayat x bley blah la syial , hahahahaahaha) ,  pada pembaca yg dhormati , anda bebas untuk komen dan kritik , yang menghancurkan dan yang membina .. dua2 dterima sebab aku hanya manusia biasa .. 

ini sedikit sinopsis tentang Lagu Untuk Mya nie , 
lagu ni menceritakan tentang hati dan perasaan seorang jejaka terhadap seorang wanita yang bernama Mya , (pandai2 la korang paham sendiri eak)hahahaaha .. 

p/s : nak tau knape Mya , sebab ak rase nama tu sedap , x ad kena mgena dengan sesiapa yg bernama Mya di luar sana , harap maklum , so enjoy ur reading .. 

~sekadar satu picisan~


1 comment: