sekadar suatu picisan

disini adalah sebuah kisah , kisah anak miskin yang mengimpikan satu impian yang besar , sering gagal dan tewas dalam perjuangan , namun kosa putus asa tiada dalam kamus hidup anak miskin ini . inilah satu coretan , coretan picisan seorang anak miskin yang memiliki satu IMPIAN .. insyaAllah

Monday 20 February 2012

kisah tanpa tajuk

ak sebenarnya dah boring asyik dok bercerita sal benda jiwang je , tapi bile org kat jiwang ak x nak ngaku .. terserlah ego aku kan , pasal ego lah ak asyik nak menang je sudahnyer org sakit aty dengan aku .. apa pun x boleh betol lah .. yang ini untuk entry kali ni ..

*kisah ini mengenai seorang dia dan seorang dia*
*kisah mengenai sebuah cerita cinta*
*sebuah cerita yang tidak lengkap*
*kisah tanpa tajuk*

*bagaimana hendak diciptakan satu cerita*
*jika cerita ini hanya tentang seorang*
*dan bukan tentang dia dan dia*
*itulah kisah tanpa tajuk*

*mengapa kisah ini tanpa tajuk*
*kerana kisah ini hanya*
*tentang seseorang*
*tanpa ada*
*dia*

sebuah cerita cinta tidak akan lengkap tanpa seorang lelaki dan perempuan , 
sebuah cerita cinta tak akan kekal jika kita tidak ikhlas kerana Allah , 
sebuah cerita tidak akan lengkap tanpa keredhaan dan restu , 
maka , ciptalah sebuah cerita cinta yang ikhlas kerana Allah . 
maka , ciptalah sebuah cerita cinta yang diredhai Allah . 
maka , ciptalah sebuah cerita cinta yang di restui Allah .
maka , lengkap lah kisah itu dengan tajuk .. 

disini , ingin aku nyatakan , dapatkan lah cinta yang direhdai oleh NYA , 
insyaallah hubungan itu akan kekal .. insyaAllah .. 

: sekadar satu picisan

2 comments: